Wednesday, November 4, 2009

PERCUTIAN DI LANGKAWI

Aku baru sahaja menghabiskan cuti tahun aku. Aku minta 2 minggu, memang tak agak-agak. Dalam masa bercuti itu aku sempat juga pergi bercuti di Langkawi. Sebenarnya, ada orang yang bermurah hati hendak menaja makanya aku pun beres jsahajalah. Ini kali kedua sebenarnya aku pergi ke sana dan kali inilah yang betul-betul puas. Banyak tempat jugalah yang aku sempat pergi. Gambar pun ada tetapi tidaklah semua aku hendak muat naik disini. Jadinya, tengok-tengoklah gambar-gambar yang ada. Akhir kata, sokonglah industri pelancongan domestik.


Titian berkabus di laluan kereta kabel


Posing di dermaga


Posing dengan ikan piranha di Underwater World




Cubaan Pertama

Assalamualaikum kepada pembaca yang sudi singgah di laman ini. Semoga semua sihat sejahtera. Blog ini adalah sebagai percubaan pertama saya kearah penulisan kreatif. Laman ini juga merupakan wadah luahan hati dan ekspresi diri saya sebagai respon kepada persekitaran. Banyak perkara boleh dikongsi bersama kerana setiap daripada kita adalah unik dan tersendiri. Pelbagai coretan suka duka terpalit dan mewarnai eksplorasi diri. Semoga anda gembira menelusuri warnasari laman ini dan selamat membaca.