Aku baru sahaja menghabiskan cuti tahun aku. Aku minta 2 minggu, memang tak agak-agak. Dalam masa bercuti itu aku sempat juga pergi bercuti di Langkawi. Sebenarnya, ada orang yang bermurah hati hendak menaja makanya aku pun beres jsahajalah. Ini kali kedua sebenarnya aku pergi ke sana dan kali inilah yang betul-betul puas. Banyak tempat jugalah yang aku sempat pergi. Gambar pun ada tetapi tidaklah semua aku hendak muat naik disini. Jadinya, tengok-tengoklah gambar-gambar yang ada. Akhir kata, sokonglah industri pelancongan domestik.
Titian berkabus di laluan kereta kabel
No comments:
Post a Comment